Suatu hari, Imam Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya, lalu beliau bertanya. Soalan pertama:"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?Murid-muridnya menjawab:"orang tua,guru,kaan dan sahabatnya".Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Namun yang paling dekat dengan kita adalah "Mati".
Imam Ghazali bertanya lagi"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".Murid nya menjawab"Negara China, bulan,matahari".Imam Ghazali berkata semua itu adalah benar, tapi yang paling benar adalah "masa lalu".
Perkara ketiga yang ditanya oleh Imam Ghazali ialah "Apa yang paling besar di dunia ini?".Muridnya menjawab "Gunung,bumi dan matahari".Imam Ghazali berkata, semua jawapan itu benar,tetapi yang paling besar di dunia ini adalah nafsu"
Pertanyaan keempat ialah"Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawab Gajah,Besi.Semua adalah betul,tapi yang paling berat ialah"memegang amanah".ini kerana tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khalifah di dunia ini.
pertanyaan Imam Ghazali yang kelima adalah"Apa yang paling ringan di dunia ini?".Ada yang menjawab"kapas,angin,debu dan daunan".Semua itu benat kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat"
Dan pertanyaan keenam ialah "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak "pedang".Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia" kerana melalui lidah manusia selalunya menyakitkan hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.